Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Kematian Akibat Tibi Meningkat 13 Peratus Tahun Lalu

- 0 comments

KUALA LUMPUR: Tibi atau Tuberculosis menjadi punca utama kematian bagi kategori penyakit berjangkit dengan mencatatkan peningkatan kes kematian sebanyak 13 peratus pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam, berkata sebanyak 1,597 kes kematian disebabkan Tibi dilaporkan di Malaysia pada tahun lalu iaitu sebanyak 183 kes berbanding 1,414 kes kematian pada 2012.

"Kes Tibi juga meningkat pada tahun lepas iaitu sejumlah 24,071 kes dilaporkan dan ia meningkat sebanyak enam peratus atau 1,361 kes berbanding 22,710 pada tahun 2012," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia 2014 peringkat kebangsaan yang bertemakan 'Mantapkan Prestasi: Ke Arah Mengesan, Merawat dan Menyambuhkan Pesakit Tibi' di sini hari ini.

Beliau berkata, secara nisbah seorang pesakit Tibi yang aktif boleh memberi jangkitan kepada 10 orang lain sekiranya tidak mendapatkan rawatan lanjut dan tidak menghiraukan langkah pencegahan awal bagi menghapuskan kuman Tibi.

"Sebanyak 14 peratus pesakit Tibi merebak disebabkan oleh warga asing manakala 86 peratus lagi disebabkan oleh penduduk tempatan. Setakat ini Sabah adalah negeri yang mencatatkan kes Tibi paling banyak iaitu 4,526 kes," katanya.

Dr Subramaniam berkata, ujian sarinagn kesihatan mengesan penyakit itu pada peringkat awal adalah amat penting bagi masyarakat untuk ambil berat supaya individu yang disahkan menghidapi Tibi boleh mendapatkan rawatan lanjut bagi memutuskan rantaian jangkitan.

"Kenal pasti penyakit Tibi yang mustahak, kalau ada batuk berterusan, tidak ada selera makan dan demam yang berterusan tanpa sebab, individu itu perlu berjumpa doktor dengan kadar segera. "Ada keperluan untuk mendapat rawatan lanjut dan ubatan khusus untuk penyakit ini agar kuman yang boleh menjangkiti orang lain akan berkurangan dan tidak akan merebak," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Dr Subramaniam berkata kementerian itu begitu komited terhadap usaha menangani masalah penularan penyakit Tibi dalam kalangan rakyat dengan merangka beberapa pelan strategik kebangsaan seperti Program Kawalan Tibi Kebangsaan.

"Bagi memperkukuh Program Kawalan Tibi Kebangsaan ini, Kementerian Kesihatan telah menyediakan beberapa strategi untuk mendekati pesakit Tibi yang masih tidak mendapatkan perkhidmatan rawatan yang disediakan dalam proses penyembuhan penyakit ini.

"Antaranya ialah memperluaskan perkhidmatan rawatan Tibi kepada klinik-klinik swasta bagi memastikan rakyat mendapat rawatan Tibi yang cepat, tepat dan efisien," katanya.

-BERNAMA-
[Continue reading...]

Thursday, March 27, 2014

Malaysia-Rusia Bakal Menghasilkan Vaksin Denggi

- 0 comments

SYARIKAT dari Malaysia dan Rusia akan menjalin kerjasama untuk membangunkan vaksin denggi pertama di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kerjasama itu antara Pahang Technology Resources Sdn Bhd dan NT Pharma, syarikat berpangkalan di Moscow yang separuh daripada sahamnya dimiliki oleh kerajaan Rusia.

Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia, Alexey Likhachev berkata, kerjasama itu akan melibatkan penggunaan teknologi tinggi dari Rusia yang dilakukan di Pahang.

“Di negara kami tidak ada denggi tetapi kami mempunyai teknologi yang dapat membantu menghasilkan vaksin itu dan dapat memberi manfaat kepada Malaysia.

“Ia adalah teknologi yang tidak pernah digunakan oleh negara lain sebelum ini,” katanya selepas forum perniagaan Malaysia-Rusia di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, aktiviti pembangunan dan penyelidikan dijangka mengambil masa dua tahun bagi menghasilkan vaksin itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, pihaknya yakin akan meningkatkan jumlah dagangan dua hala antara Rusia dan Malaysia.

Pada 2013, jumlah dagangan kedua-dua negara meningkat 66.6 peratus kepada RM5.7 bilion berbanding RM3.4 bilion pada 2012.

Antara sektor yang diberi tumpuan adalah aeroangkasa, elektrik dan elektronik, automotif dan alat ganti serta perabot.

- Sinar Harian - 

- Astro Awani -
[Continue reading...]

Tuesday, March 25, 2014

Situasi Terkini Demam Denggi Di Malaysia

- 0 comments

Pada minggu ke 7 tahun 2014, sebanyak 2,265 kes telah dilaporkan iaitu meningkat 68 kes (3.1%) berbanding dengan minggu sebelumnya 2,197 kes. Jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 13,915 kes berlaku peningkatan sebanyak 302.2% (10,455 kes) berbanding dengan hanya 3,460 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2013. Terdapat sepuluh (10) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang 24 kes (150%), Kelantan 20 kes (20%), Johor 20 kes (18%), Pulau Pinang 17 kes (46%), Perak 16 kes (12%), Terengganu 11 kes (110%), Melaka 10 kes (14%), Kedah 4 kes (24%), Sabah 4 kes (24%) dan Sarawak 3 kes (11%).

Pada minggu lepas, terdapat enam (6) kematian denggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga kini adalah sebanyak 25 kematian, meningkat sebanyak 17 kematian (213%) berbanding hanya lapan (8) kematian direkodkan bagi tempoh yang sama tahun 2013.
Berikutan situasi denggi yang masih melaporkan kes dan kematian yang tinggi, Kementerian Kesihatan meneruskan pemantauan rapi dan tindakan proaktif dalam mengawal situasi denggi diseluruh negara. Disamping perlaksanaan kaedah kawalan baharu, peringkat tertinggi Kementerian Kesihatan mengadakan mesyuarat setiap minggu bersama negeri – negeri yang bermasalah denggi termasuk bersama pakar penyelidik, pakar klinikal dan agensi lain yang berkaitan. Antara perkara yang akan dilaksanakan hasil keputusan mesyuarat tersebut adalah:
  1. Bagi kawasan hotspots semburan kabus secara kombinasi iaitu menggunakan racun serangga (insecticide) dan temephos bagi membunuh nyamuk dewasa dan larva secara serentak bagi memastikan aktiviti kawalan lebih berkesan.
  2. Pemantauan rapi di kawasan berwabak akan diteruskan termasuk mempastikan pegawai pegawai dari setiap daerah dan negeri “turun padang” dan membuat pemantauan di lapangan.
  3. Setiap Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri mengenal pasti punca punca pembiakan utama termasuk di tapak tapak binaan dan memfokus intervensi mengikut masalah setempat.
  4. Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan agar kesedaran masyarakat terhadap menghapuskan tempat tempat pembiakan di praktikkan dalam amalan harian mereka.
  5. Kementerian Kesihatan akan mengadakan gotong-royong secara serentak di sepuluh lokaliti hotspots pada awal bulan Mac. Penyertaaan agensi lain termasuk Badan Bukan Kerajaan di alu alukan.
  6. Meningkatkan kesedaran masyarakat bagi melindungi diri gigitan nyamuk melalui penggunaan repellen dan penggunaan aerosol.
  7. Mempertingkatkan aktiviti kawalan melalui pengurangan sumber pembiakan Aedes yang lebih menyeluruh dilokaliti melalui penglibatan semua agensi. Ianya berkesan dalam kawalan denggi untuk tempoh yang lebih lama.
Diharapkan dengan perlaksanaan perkara-perkara ini, ianya dapat mengekang peningkatan kes dan kematian denggi yang berlaku pada ketika ini. Cara paling berkesan mencegah denggi adalah mempastikan tiada nyamuk Aedes di persekitaran kita. Oleh itu, saya ingin menyeru semua masyarakat meningkatkan aktiviti mencari dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes setiap minggu dan menjaga kebersihaan dalam rumah serta persekitaran mereka.

YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Kenyataan akhbar ini diambil daripada Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dengan izin Ketua Pengarah Kesihatan.
[Continue reading...]

Saturday, March 22, 2014

9 cases of death by dengue from March 9-15

- 0 comments

KUALA LUMPUR: Nine cases of death from dengue was recorded from March 9-15, bringing the total cases to 53 since January this year.
Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said the latest deaths, involved six women, aged between 25 and 54, and three men, aged 36 and 62, and a 15-year-old student.
"Five of the cases took place in Selangor, followed by two in Johor and one each in Perak and Kelantan," he said in a statement today.    
Dr Subramaniam said dengue cases nation-wide had gone up to 1,902 in the period March 9-15, namely, the 11th week dengue was monitored, compared to 1,630 the previous week.    
"From January to March 15 this year, a total 21,967 cases were reported, an increase of 321 percent or 16,746 cases compared to 5,221 cases in the same period last year," said Dr Subramaniam.
He said the serotype DEN 2 virus was among the factors in the increase number of deaths from dengue.
"The serotype DEN 2 viral infection will give a worse clinical manifestation and have a higher risk of complication compared to infections from other serotypes," he said.
He said 458 localities of the epidemic was reported in 12 states with 84 localities being categorised as hotspots involved in epidemics of more than a month.
A total of 70 hotspots were in Selangor, namely, in Hulu Langat (32), Petaling (32), Gombak (five) and Klang (one).
Nine other hotspots were in Seremban, Negeri Sembilan; three in Kota Baharu, Kelantan; and one each in Kepong (Federal Territory of Kuala Lumpur and Putrajaya) and Central Melaka (Melaka).

- BERNAMA -
[Continue reading...]
 
Copyright © . Dunia Perubatan - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger