Kerjasama itu antara Pahang Technology Resources Sdn Bhd dan NT Pharma, syarikat berpangkalan di Moscow yang separuh daripada sahamnya dimiliki oleh kerajaan Rusia.
Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia, Alexey Likhachev berkata, kerjasama itu akan melibatkan penggunaan teknologi tinggi dari Rusia yang dilakukan di Pahang.
“Di negara kami tidak ada denggi tetapi kami mempunyai teknologi yang dapat membantu menghasilkan vaksin itu dan dapat memberi manfaat kepada Malaysia.
“Ia adalah teknologi yang tidak pernah digunakan oleh negara lain sebelum ini,” katanya selepas forum perniagaan Malaysia-Rusia di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, aktiviti pembangunan dan penyelidikan dijangka mengambil masa dua tahun bagi menghasilkan vaksin itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, pihaknya yakin akan meningkatkan jumlah dagangan dua hala antara Rusia dan Malaysia.
Pada 2013, jumlah dagangan kedua-dua negara meningkat 66.6 peratus kepada RM5.7 bilion berbanding RM3.4 bilion pada 2012.
Antara sektor yang diberi tumpuan adalah aeroangkasa, elektrik dan elektronik, automotif dan alat ganti serta perabot.
- Sinar Harian -
- Astro Awani -
0 comments:
Post a Comment