Saturday, March 22, 2014

Masa Depan Lebih Jelas dengan OMEC (Opportunities in Medical Career Seminar)


IMG_7962
MADINAH NASR, 2 Mac : Lebih 600 mahasiswa dan mahasiswi aliran perubatan, pergigian dan farmasi menghadiri Opportunities in Medical Career Seminar, OMEC yang telah diadakan kelmarin pada 28 Februari. OMEC bertujuan memberi pendedahan akan peluang dalam kerjaya perubatan dan kelayakannya serta menjadi platform bagi mhasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan dalam bidang sains perubatan dan kepakarannya. Seminar tersebut menampilkan barisan mantap gandingan pegawai-pegawai perubatan dalam pelbagai bidang dan kepakaran masing-masing, serta seorang pegawai Sumber Manusia (Human Resource) di sebuah hospital ternama di tanah air.
Antaranya ialah Prof Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin, doktor pakar sakit puan (Obstetric and Gynecology) yang kini merupakan dekan di IMU Clinical School, International Medical University (IMU) Seremban, Negeri Sembilan. Lebih mesra dengan panggilan Dr Zain, beliau merupakan doktor pakar yang cemerlang dalam kepakarannya dan dalam masa yang sama merupakan aktivis sukarelawan kepada misi-misi kemanusiaan di serata dunia terutamanya di Afghanistan, Palestin dan Acheh. Kini setelah 25 tahun menabur jasa pada masyarakat, beliau hadir ke OMEC memberi inspirasi kepada generasi pelapis doktor muda untuk menjadi pengamal perubatan yang mampu mengesani masyarakat luar.

IMG_8013-tile-tile

Selain itu, penampilan menarik pasangan sedondon Prof Dr Madya Azizi Bin Ayob dan Prof Dr Rafidah Hanim Binti Mokhtar juga menambat hati audien. Dr Azizi yang kini menjawat sebagai profesor dalam bidang Clinical Pharmacology di IMU, Seremban dan pada masa yang sama mempunyai syarikat farmasi sendiri. Beliau mempunyai pengalaman menceburi bidang farmasi secara klinikal dan industri selain pernah bekerja di syarikat farmasi tersohor di Asia Tenggara di Jakarta selama tiga tahun. Para audien amat teruja dengan penerangan selok belok dunia sains perubatan dan bagaimana untuk memilih jalan yang bijak untuk berjaya dalam kerjaya ini.
Seorang ibu, isteri dan doktor yang amat disegani masyarakat dan lantang menyuarakan kebenaran menentang suara-suara liberal dan feminism liberal di Malaysia, Prof Dr Rafidah Hanim Binti Mokhtar berkongsi pengalaman beliau dalam bab kekeluargaan dan pendidikan anak-anak. Kelihatan peserta dari kalangan mahasiswi begitu tertarik memasang telinga mendapatkan konsep asas dan prinsip yang perlu dijaga dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak dari perspektif wanita berkerjaya. Dr Rafidah juga menjadi contoh kepada mahasiswa dan mahasiwi Mesir mengenai kelantangan bersuara dan menyatakan kebenaran oleh para doktor beragama Islam yang punyai kefahaman yang sahih untuk menentang aliran-aliran pemikikan songsang yang cuba menular dalam masyarakat sekarang.
Tidak kering gusi para peserta apabila Dr Irfan Bin Salmi melangkah masuk mengambil alih pentas. Pengalaman beliau selama beberapa bulan menyelami kehidupan sebagai Housemanship Officer (HO) di Hospital Seremban amat menarik perhatian audien. Kehidupan sebagai HO yang sering dikatakan penuh dengan stres dan pelbagai tekanan jiwa menjadi seronok dan istimewa apabila mendengar cerita hari-hariannya. Beliau juga menekankan kepada semua penuntut dalam bidang perubatan di Mesir untuk belajar bersungguh-sungguh secara teori dan praktikal supaya menjadi doktor yang berketerampilan kelak. Dr Irfan yang sedia aktif dalam amal dakwah dari bangku menara gading, masih bergiat aktif hingga ke hari ini walaupun memiliki masa yang terhad sebagai HO.
IMG_8388-tile

Di samping itu, OMEC lebih menambat hati peserta apabila sesi forum ramah mesra bersama para panelis dikendalikan sendiri oleh Dr Zain. Dalam forum tersebut, barisan panelis telah berkongsi pelbagai skop pengetahuan yang lebih luas tentang perjalanan kerjaya masing-masing, harapan masyarakat Malaysia terhadap graduan perubatan daripada Mesir, bagaimana menjadi doktor yang istimewa dengan ‘added values’  dan perancangan dan pengurusan kekeluargaan untuk ibu bapa yang berkerjaya serta kewajipan untuk berdakwah kepada masyarakat dan menjadi suara muslim profesional yang bakal menentang arus merbahaya seperti  liberalism, sekularisma dan liberal feminisma.
OMEC juga telah menyediakan pameran berkenaan laluan kerjaya, pilihan-pilihan yang ada dan apakah manfaat mahupun cabaran yang mungkin dihadapi setelah membuat pemilihan. OMEC yang berlangsung seharian suntuk itu, dirasmikan oleh Tuan Hj Mohammad Imran Bin Ibrahim, Setiausaha Kedua Pendidikan Akademik, Medic, Penyelidikan dan Pengkormesilan Education Malaysia Egypt (EME) KBMK dan melabuhkan tirainya dengan acara menyampaian hadiah kepada alhi I-Medik Mesir yang cemerlang dalam akademik serta penyeraham tag nama I-Medik kepada para graduan perubatan dalam kalangan ahli I-Medik Mesir pada jam 7.30 malam.
“OMEC amat bermanfaat bagi saya kerana ia disampaikan oleh para doktor yang amat berengalaman dan ini member saya inspirasi untuk terus maju pada tahun-tahun yang mendatang” kata saudara Hanif Bin Rusling penuntut tahun satu di Fakulti Pergigian Universiti Assiut. Saudara Fahmi Bin Haziq, seorang mahasiswa di universiti yang sama di Fakulti Farmasi pula berkata “Saya akan ingat sampai bila-bila kata Dr Azizi untuk menjaga license yang diterima nanti. Selok belok dan liku-liku kehidupan beliau sebagai seorang ahli farmasi juga boleh dijadikan teladan”.
- ISMA Mesir- 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . Dunia Perubatan - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger